Pandemik Covid-19 tidak patah semangat warga USAS

Pandemik Covid-19 tidak patahkan semangat warga USAS

NORDIN KARDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Meskipun berdepan kesukaran dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran ekoran penularan wabak Covid-19, keadaan itu tidak mematahkan semangat warga Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini.

Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi berkata, baik pelajar sehingga ke pengajar dan pentadbir universiti, mereka tidak pernah berputus asa meneruskan tugas masing-masing walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Kebanyakan graduan yang menyertai konvokesyen kali ini melalui sebahagian pengajian mereka pada zaman Covid-19. Pada waktu ini, mereka merasai sendiri kesukaran menjalani praktikum ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Mereka ini adalah peneroka atau pioneer bagi pembelajaran dalam tempoh bencana Covid-19 yang tidak pernah dialami oleh sesiapa. Susah, memang susah tetapi anda telah hadapi dengan penuh kegigihan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Konvokesyen USAS Ke-13 secara maya di sini hari ini.

Menurut Nordin, pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian pada awalnya sangat sukar di mana capaian internet yang mundur heboh diperkatakan di seluruh negara.

Katanya, pelbagai rungutan dan berita tidak baik tersiar di mana terdapat gambar-gambar termasuk pelajar USAS memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet. 

“Walaupun USAS bukan Universiti yang kaya namun kita dapat membekalkan simkad percuma kepada pelajar dan pensyarah USAS sekurang-kurangnya menampung keperluan pengajar dan pembelajaran selama enam bulan dari Julai hingga Disember 2020.

“Bagi tujuan itu, USAS telah membelanjakan sebanyak RM562,072 selain perbelanjaan untuk meningkatkan keupayaan peralatan konferensi video bagi melancarkan sidang pengajaran dan kemudahan mesyuarat dalaman dengan pelbagai agensi di dalam dan luar negara,” katanya.

Majlis konvokesyen secara maya buat pertama kali itu berlangsung secara norma baharu dengan boleh ditonton melalui platform Zoom, Facebook rasmi USAS dan youtube channel.

Istiadat tersebut menyaksikan seramai 1,292 orang graduan, merangkumi Ijazah Doktor Falsafah (2), Sarjana (59), Sarjana Muda (288) dan Diploma (943). Seramai 757 graduan adalah lulusan Fakulti Pengajian Islam dan 536 orang daripada Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya