Pandelela layak, Jun Hoong gagal ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Pandelela layak, Jun Hoong gagal ke separuh akhir

Pandelela Rinong - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Nasib berbeza buat dua pemenang perak Olimpik Rio 2016 apabila  hanya Pandelela Rinong berjaya layak ke separuh akhir acara 10 meter(m) platform individu wanita, esok di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pandelela menamatkan lima terjunan dengan kutipan 284.90 mata untuk berada pada kedudukan ke-18 daripada 30 atlet yang bertanding, sebentar tadi.

CHEONG Jun Hoong -AFP

Seorang lagi wakil negara, Cheong Jun Hoong pasti kecewa selepas mengakhiri terjunan di kedudukan ke-26 dengan mengumpul 251.80 mata sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, penerjun China Chen Yuxi dan Quan Hongchan menepati ramalan apabila mengungguli kedudukan pertama dan kedua dengan mengumpul 390.70 serta 364.45.

Sebanyak 30 penerjun bertanding pada peringkat kelayakan dan 18 terbaik mara ke separuh akhir, seterusnya 12 akan bertanding dalam perebutan pingat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN