“Paling tidak, beradablah…” - Shiha Zikir dilarang merakam video suntikan vaksin - Utusan Malaysia

“Paling tidak, beradablah…” – Shiha Zikir dilarang merakam video suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shiha Zikir keliru apabila dia tidak dibenarkan merakam video ketika menerima suntikan vaksin Sinovac kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menurut penyanyi Pipiyama, rakaman video itu bertujuan menggalakkan orang ramai mengambil vaksin dan dia juga berasa terkilan lagi apabila petugas berkenaan bercakap dengan nada tidak beradab.

“Saya keliru semalam bila tidak dibenarkan ambil video sedangkan @khairykj (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar) sudah cakap dibenarkan tambahan memang niat nak mendorong orang ramai atau pengikut saya untuk ambil vaksin saja.

“Paling tidak beradablah kalau nak cakap dengan penerima, bukannya tidak percaya pada doktor pun, tolong positif. Lagi pun rakaman video bukankah bagus untuk kedua belah pihak jika berlaku apa-apa.

“Jangan buat orang kelirulah. Apa-apa pun Alhamdulillah sudah selesai dua dos,” ujarnya di Instagram.

Dalam perkongsian dimuat naik itu, Shiha turut mengulang siar semula visual berita berhubung isu vaksin kosong, penerima vaksin dibenar rakam video suntikan vaksin masing-masing seperti mana makluman pada 23 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya