Pahang belum terima proposal Taman Tema Escape Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Pahang belum terima proposal Taman Tema Escape Cameron Highlands

MOHD. SHARKAR Shamsudin (depan) menyampaikan sumbangan secara pandu lalu kepada ketua isi rumah mangsa ribut di pekarangan Bangunan UMNO Mentakab, Temerloh, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kerajaan negeri akan mengkaji proposal atau kertas cadangan berkaitan pro dan kontra projek Taman Tema Escape Cameron Highlands yang dicadangkan pihak swasta bagi memajukan pusat peranginan tanah tinggi berkenaan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, setakat ini kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Cameron Highlands  belum menerima kertas cadangan berhubung projek tersebut.

Tegasnya, kerajaan negeri juga setakat ini tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana pihak bagi tujuan berkenaan.

“Taman tema kedua di tanah tinggi Cameron Highlands itu diberitakan tidak membabitkan pembinaan bangunan tinggi seperti Genting Highlands tetapi hanya penerokaan minimum,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut Kampung Kapor di Bangunan UMNO Mentakab di sini hari ini. 

Mohd. Sharkar berkata, walaupun projek cadangan itu belum mendapat kelulusan kerajaan negeri namun sudah ada pihak yang membantah.

Jelasnya, kebanyakan mereka bimbang habitat flora dan fauna di pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highlands terancam selain menyebabkan peningkatan suhu apabila berlaku penebangan hutan dan pembukaan tanah secara besar-besaran. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya