TOKYO: Atlet Poland, Wojciech Nowicki menampilkan aksi konsisten untuk membawa pulang pingat emas dalam acara lempar tukul besi di Sukan Olimpik tokyo 2020.
Juara Eropah yang juga pemenang pingat gangsa di Rio 2016 dan pemenang tiga kali pingat gangsa kejohanan dunia berjaya melakukan catatan peribadi terbaik, 82.52m.
Peserta Norway, Eivind Henriksen meraih pingat perak dengan rekod kebangsaan 81.58m manakala juara dunia empat kali dari Poland, Pawel Fajdek meraih pingat gangsa dengan 81.53m.
Dalam perkembangan lain, atlet Uganda, Peruth Chemutai meraih pingat emas dalam acara 3,000m lari berhalangan wanita.
Dia merekodkan 9 minit 01.45 saat di Stadium Olimpik mengatasi Courtney Frerichs dengan jarak 250m untuk menang selesa.
Frerichs meraih pingat perak dengan 9:04.79s manakala gangsa menjadi milik Hyvin Kiyeng dari Kenya dengan 9:05.39s.-AFP