Noraini pula letak jawatan menteri - Utusan Malaysia

Noraini pula letak jawatan menteri

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, sebagai Ketua Wanita UMNO, beliau akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 3 Ogos lalu yang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantunya melaksanakan tugas.

Peletakan jawatan Noraini menyaksikan beliau menjadi menteri kedua daripada UMNO berbuat demikian selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar mengambil tindakan itu melepaskan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

ABDUL AZIZ JULKARNAIN

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain turut meletak jawatan sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Boustead Plantation Berhad berkuat kuasa semalam.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi satu maklum balas kepada Bursa Malaysia sebelum ini.

Abdul Aziz sebelum ini dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan pada 1 September 2020.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya