Negeri Sembilan tumbang di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan tumbang di Kota Bharu

AKSI pemain Negeri Sembilan (baju kuning) ketika menentang Kelantan FC dalam saingan Liga Perdana hari ini. - IHSAN NEGERI SEMBILAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC menyekat hajat Negeri Sembilan untuk meraih mata penuh apabila melakar kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Nursyamil Abd. Ghani menghadirkan mimpi ‘ngeri’ buat pelawat apabila meledakan jaringan kemenangan Kelantan FC pada minit ke-89 menerusi rembatan kencang dari dalam kotak penalti untuk mewaskan penjaga gawang pelawat Damien Lim.

Beraksi diatas padang becak kedua-dua pasukan memulakan rentak dengan perlahan apabila masing-masing dilihat cuba menyesuaikan diri.

Bagaimanapun, Kelantan FC terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Syed Sobri Syed Mohd. pada minit ke-12 selepas tenang memanfaatkan peluang terhidang.

Pelawat kembali mengikat kedudukan menjadi 1-1 empat minit kemudian selepas Francis Kone yang menerima hantaran rakan sepasukan bijak melepasi kawalan pertahanan tuan untuk jaringan gol.

Jaringan penyemaan itu kembali menyemarak semangat juang Negeri Sembilan dan mereka hampir menambah jaringan kedua pada minit ke-34 menerusi Francis Kone, tetapi rembatan derasnya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang Mohamad Faridzuen Kamarudin.

Dua minit berselang, ‘nafsu’ Negeri Sembilan FC menambah jaringan kian memuncak menerusi Barathkumar Ramaloo, namun usaha itu digagalkan oleh Mohamad Faridzuen di gawang gol Kelantan FC.

Bersambung babak kedua, pelawat terus mendominasi perlawanan menerusi gerak-gerak bahaya ke kubu Kelantan FC, bagaimanapun dinafikan oleh ketangkasan
Mohamad Faridzuen.

Minit ke-64, Mohamad Faridzuen terus memperagakan ketangsannya apabila tenang menepis keluar bola tandukan Francis Kone sekaligus menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.

Mohamad Faridzuen terus menjadi watak penting apabila sekali lagi menutup peluang Francis Kone untuk menjaringkan gol pada minit ke-78.

Kelantan FC kembali bangkit dan hampir meledakan jaringan kedua pada minit ke-82, tetapi rembatan Natanael Ringo sedikit sahaja tersasar dari gawang Negeri Sembilan FC.

Kelantan FC menoktahkan kemenangannya menerusi Nursyamil sekaligus menyaksikan The Red Warriors (TRW) meraih mata penuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya