MUTC gesa setiausahanya tarik balik surat memorandum kepada Perkeso

MTUC gesa setiausahanya tarik balik memorandum kepada Perkeso

ABDUL HALIM MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa setiausahanya supaya menarik balik surat Jemputan Sidang Media dan Memorandum yang akan dihantar pada 30 Ogos ini kepada Pengerusi Perkeso, Datuk Dr. Mohamed Hanifa Abdullah dibatalkan serta-merta.

Menurut Presidennya, Datuk Abdul Halim Mansor dalam satu kenyataan berkata, ia kerana memorandum tersebut tidak mendapat kelulusan dari Mesyuarat Majlis AM MTUC.

“Tindakan Setiausaha MTUC adalah salah dan tidak mengikut Perlembagaan MTUC malah beliau sama sekali tidak memaklumkan Majlis Am mengenai perkara tersebut secara tindakan Mesyuarat atau Surat Pekeliling, serta Isu atau Kandungan Memorandum tidak dijelaskan,” katanya.

Tambahnya, setiausaha sewajarnya merujuk kepada menteri bagi menghormati kuasa-kuasa menteri, sejajar peruntukan Akta Perkeso 1969 iaitu Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Perkeso adalah kuasa Yang Berhormat (YB) Menteri Sumber Manusia. 

“Ia berkemungkinan berlaku kerana Setiausaha MTUC tidak berpuas hati kerana tidak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perkeso.

“Dan beliau lupa bahawa melantik dan menamatkan seseorang ahli lembaga adalah kuasa mutlak menteri dan ia mesti dihormati,” katanya.

MTUC tidak sepatutnya mengeluarkan surat Jemputan Sidang Media kerana keadaan pandemik Covid-19 yang masih tidak mengizinkan.

“Saya sekali lagi menggesa, Setiausaha MTUC untuk membatalkan tindakan yang hanya akan mengeruhkan hubungan MTUC dengan Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) dan Khasnya Perkeso,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya