KUALA LUMPUR : Satu mesyuarat diadakan pada petang ini membabitkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika, Jalan Dutamas, dekat sini, pada pukul 5 petang ini.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia, ia adalah bagi membincangkan strategi parti itu setelah Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Peletakan jawatan tersebut susulan penarikan sokongan 14 ahli parlimen UMNO terhadap Perikatan Nasional (PN), antaranya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Najib Razak (Pekan) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) sekali gus menyebabkan Kerajaan PN hilang majoriti. – UTUSAN OPNLINE










