Muat naik gambar berturban, Siti Elizad sedang berhijrah - Utusan Malaysia

Muat naik gambar berturban, Siti Elizad sedang berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tumpuan sekali lagi teralih kepada pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin yang tampil manis dengan gaya berturban dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik di media sosialnya.

Menerusi Instagram, tindakan Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Mohd Sharifuddin itu menimbulkan persoalan adakah dia sedang berhijrah ke arah menjadi dirinya yang lebih baik?

Walaupun Wanita cantik itu setakat ini tidak menyebut tentang penghijrahan, namun perkongsian-perkongsiannya di Instagram kebelakangan ini seakan memberi isyarat bahawa dia kini dalam proses ke arah itu.

Dalam pada itu menerusi perkongsian di Instastory, pelakon Papa Ricky ini berpesan kepada netizen agar memberinya masa dan ruang untuk menikmati proses perubahan dan bukannya mengkritik dirinya yang tidak sempurna.

“Alhamdulillah, elok sahaja ustaz dan ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netizen ini ada sahaja yang tidak kena.

“Ya, tahu, belum sempurna. Jadi terima kasih atas komen-komen yang serba serbi tak kena,” tulisnya.

Pada masa yang sama Elizad turut mengingatkan bahawa dia masih dirinya yang dahulu dan berterima kasih atas doa dan kata-kata yang baik dari netizen.

“Sajalah nak pesan, jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain (masih seperti dahulu, bawa motor, positif, pokpekpokpek dan suka berkawan!)

“Terima kasih juga buat semua yang komen dengan ucapan, doa dan kata-kata yang baik,” tulisnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya