Mohamed Nazri akan bersara, tidak bertanding PRU-15 - Utusan Malaysia

Mohamed Nazri akan bersara, tidak bertanding PRU-15

NAZRI AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan bahawa beliau akan bersara dan tidak akan bertanding untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut atau mencadangkan sebarang nama untuk menggantikannya di kawasan kubu UMNO itu dan apabila ditanya juga, Mohamed Nazri mengatakan keputusan itu bukan di tangannya.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Mohamed Nazri berkata, beliau pernah menyatakan hasrat untuk bersara namun penduduk kawasan tersebut masih mahukan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa, ketika kami (Barisan Nasional) kalah dalam PRU 2018, ada hikmahnya kerana selepas itu, kami tidak dapat jadi kerajaan dan tidak lagi memiliki kuasa membentuk Jemaah Menteri. Jadi, jauh lebih mudah (untuk berundur).

“Zaman kegemilangan (saya) akan berakhir, tapi tidak apa. Saya puas nikmati masa saya dalam politik. Saya berusia hampir 70 tahun sekarang, jadi berundur dengan cara baik sangat penting (bagi saya),” katanya yang kini berusia 67 tahun.

Mohamed Nazri menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas sejak 2004 dan sejak itu, beliau terus dipilih rakyat malah turut menang kerusi itu pada PRU-14 yang bersejarah apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan kerajaan BN.

Beliau berpendapat, negara kini mempunyai ramai individu yang berpotensi untuk menjadi ahli politik dan bersedia menggantikannya pada masa ini.

Beliau yakin keputusannya untuk bersara akan mendapat persetujuan parti dan pengundi Padang Rengas.

“Saya sudah bertahun-tahun mendukung amanah rakyat. Saya bermula sebagai Pengerusi MARA pada 1990 selama lima tahun, berkhidmat sebagai timbalan menteri selama lima tahun, menteri selama 19 tahun dan Ahli Parlimen sejak 1995. Saya juga menjadi Senator pada 1990.

“Saya telah luangkan banyak masa untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi kenapa perlu ada penyesalan?” katanya kepada FMT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya