‘Moga negara lebih maju dan jaya di bawah barisan Kabinet baharu’  - Utusan Malaysia

‘Moga negara lebih maju dan jaya di bawah barisan Kabinet baharu’ 

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengucapkan tahniah kepada pengantinya, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berharap negara lebih maju dan berjaya di bawah barisan Kabinet baharu diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tahniah kepada barisan menteri dan timbalan menteri yang baharu. Tahniah juga kepada Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Dr Nik Zawawi Saleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian.

“Tahniah juga kepada Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil alih tugas di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Selain Mohd. Khairuddin, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad dan Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof antara nama yang digugurkan daripada dilantik untuk menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Ismail Sabri.

Zulkifli sebelum ini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) digantikan oleh Idris yang merupakan Naib Presiden Pas manakala Mohd. Redzuan yang digugurkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) digantikan oleh Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Tugas Mohd Khairuddin sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi digantikan oleh Zuraida. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya