Menteri, timbalan menteri tinggalkan Istana Negara - Utusan Malaysia

Menteri, timbalan menteri tinggalkan Istana Negara

KENDERAAN membawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meninggalkan Pintu 2, Istana Negara. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa 31 menteri dan 38 timbalan menteri mula beransur-ansur meninggalkan Istana Negara selepas hampir dua jam menghadiri istiadat mengangkat sumpah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu melibatkan 69 ahli Parlimen yang bermula pada pukul 2.30 petang tadi.

Kenderaan yang membawa Menteri dan Timbalan Menteri dilihat mulai keluar dari pekarangan Istana Negara pada pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri istiadat hari ini berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pembentukan Kabinet baharu itu diumumkan Ismail Sabri pada 27 Ogos lalu.

Senarai ahli pentadbiran baharu itu adalah satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan ‘Keluarga Malaysia’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya