PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan mengambil keputusan untuk bersara daripada sukan terbabit.
Badan induk tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan diberikan oleh pemain tersebut, yang baru-baru ini beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.
“BAM hari ini telah menerima surat perletakan jawatan pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan, berkuatkuasa pada 15 September 2021.
“Biarpun ada usaha untuk memujuknya, namun pemain berusia 26 tahun itu tetap dengan pendirian untuk bersara daripada sukan badminton.
“Semua orang di BAM mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan Mei Kuan kepada skuad negara dan berharap yang terbaik untuknya pada masa akan datang,” kata BAM.
Mei Kuan, yang bergandingan bersama Lee Meng Yean membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, namun gagal melepasi peringkat kumpulan.