'Masa kian suntuk, kes Covid-19 makin meningkat' - Kon Yeow - Utusan Malaysia

‘Masa kian suntuk, kes Covid-19 makin meningkat’ – Kon Yeow

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta barisan Kabinet baharu diharapkan dapat memberi tumpuan segera kepada peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang pada masa ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, masa kian suntuk memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat ketika ini dan pihaknya mahu langkah segera diambil oleh Perdana Menteri serta menteri berkaitan bagi membendung kes Covid-19.

“Kita tidak ada masa lagi, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Kesihatan serta menteri-menteri lain untuk segera memberi perhatian kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes harian Covid-19 yang tinggi.

“Perhatian perlu diberikan sama ada untuk mempercepat bekalan vaksin, meningkatkan fasiliti perubatan serta inisiatif lain bagi menampung kemudahan awam agar mampu bertahan ketika kes Covid-19 tinggi,” katanya selepas menghadiri Majlis Pemberian Sumbangan Peralatan Kesihatan di Komtar, di sini hari ini.

Sumbangan peralatan perubatan daripada Penang Foundry & Engineering Industries Association (PENFEIA) itu akan diserahkan kepada Kompleks Masyarakat Penyayang yang kini dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Ismail Sabri hari ini mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ iaitu pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra di Putrajaya, Ismail Sabri berkata, beliau membentuk Kabinet itu yang juga satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri amat menghargai sumbangan-sumbangan daripada syarikat berkaitan melalui platform PgCare Alliance kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk digunakan oleh pesakit-pesakit Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya