Maritim Malaysia tahan bot tempatan dengan kru nelayan asing - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan bot tempatan dengan kru nelayan asing

BOT nelayan tempatan dengan kru dan tekong warga Vietnam ditahan di perairan Rompin di Rompin, Pahang. - IHSAN MARITIM MALAYSIA PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah bot tempatan dikesan menggunakan semua kru termasuk tekong warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Rompin, kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Pengarah Maritim negeri, Datuk Amran Daud berkata, bot terbabit ditahan kira-kira 44,818.4 meter dari timur muara Sungai Nenasi, Rompin.

“Semasa rondaan Op Makmur di perairan Pahang, aset Maritim Malaysia mengesan sebuah bot yang sedang menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebaik sahaja dihampiri aset Maritim Malaysia.

“Selepas ditahan, pemeriksaan mendapati bot nelayan tempatan itu dikendalikan enam kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Vietnam berumur antara 26 sehingga 53 tahun dan seorang daripada mereka adalah orang kelainan upaya (OKU),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Kesemua kru termasuk tekong telah diiring ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading bersama peralatan menangkap ikan serta hasil laut dan akan menjalani ujian saringan Covid-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di Klinik Kesihatan Rompin sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut komuniti maritim boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya