TOKYO: Atlet Itali, Lamont Marcell Jacob merangkul pingat emas acara riben biru 100m dengan catatan 9.80s.
Pingat perak menjadi milik Fred Kerley dari Amerika Syarikat dengan catatan 9.84s manakala pingat gangsa menjadi milik peserta Andre de Grasse dari Kanada dengan catatan 9.89s.
Sementara itu, peserta dari Great Britain, Zharnel Hughes dibatalkan penyertaan kerana bermula awal.
Bagaimanapun rekod legenda Jamaica, Usain Bolt dalam acara itu iaitu 9.58s gagal dipecahkan.