Mara Liner tawar diskaun 10 peratus pembelian tiket dalam talian - Utusan Malaysia

Mara Liner tawar diskaun 10 peratus pembelian tiket dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengangkutan awam negara Mara Liner Sdn. Bhd. menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Mara Liner Sdn. Bhd., Zachary Ismail Zee Ismail berkata, promosi itu sekali gus memberi peluang bagi individu yang dibenarkan untuk perjalanan rentas daerah dan negeri membabitkan negara Fasa 1 seperti Kedah, Selangor, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala negeri Fasa 2 seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah. 

Namun katanya, individu yang  lengkap menerima dua dos vaksin perlu mendapat pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merupakan golongan pasangan suami isteri hubungan jarak jauh mahupun ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah yang menetap di negeri berlainan.

“Promosi bagi tempahan tiket atas talian bermula sekarang sehingga 30 September dan boleh memuat turun aplikasi Mara Liner Mobile Apps melalui Google Play (bagi peranti Android) dan Apps Store (bagi peranti IOS) sahaja. 

“Promosi tempahan tiket dalam talian juga boleh digunakan melalui laman web dengan melayar http://maralinergroup.tiketbas.my dan aplikasi mudah alih ejen jualan tiket Mara Liner serta promosi ini tidak sah bagi pembelian tiket di kaunter,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa  merentas negeri untuk bertemu dengan insan yang tersayang boleh menggunakan perkhidmatan bas Mara Liner yang lebih selesa, selamat dan dipercayai sejak dari 1960-an sehingga kini.

“Sebagai sebuah syarikat bas yang prihatin, MaraLiner menjamin keyakinan dan keselamatan pelanggan dengan meningkatkan pematuhan SOP Covid-19, antaranya sanitasi bas sebelum dan selepas perjalanan sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Pemeriksaan sijil vaksinasi dan surat pengesahan PDRM akan disemak sebelum perjalanan bermula dan bagi individu yang tidak melengkapkan dua vaksinasi atau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

“Mara Liner amat memahami betapa sukarnya menempuh pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara tanpa insan yang tersayang. Kembalikan senyuman mereka, manfaatkan peluang ini sebaiknya dengan perkhidmatan bas MARA Liner sejajar tema kami iaitu Teman Destinasi Anda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pertanyaan Tiket 0326979797 (8.30pagi-6.00ptg) atau TBS Hotline 0390512000 atau melalui emel [email protected]. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya