Mangsa banjir maut di pangkuan isteri  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir maut di pangkuan isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang mangsa banjir di Kampung Terang di sini, dilaporkan maut selepas rebah di pangkuan isterinya di rumah sewa mereka malam tadi. 

Mohd. Zailan Zainuddin, 35, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira sejam menerima rawatan di Hospital Balik Pulau pukul 10 malam. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berlaku daripada isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Masliana. 

Menurutnya, Mohd. Zailani dikatakan mempunyai masalah kesihatan jantung sejak setahun lalu. 

“Isterinya memaklumkan yang Mohd. Zailan tiba-tiba jatuh pengsan di pangkuannya ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah malam tadi. 

“Mohd. Zailan kemudian dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Tuah  menolak dakwaan segelintir netizen yang mendakwa mangsa tergelincir ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. 

Tambah beliau, mayat mangsa masih berada di Hospital Balik Pulau dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Betong pada malam ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya