Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat setakat 4 petang

Mangsa banjir di Perak meningkat

KEADAAN kawasan yang dilanda banjir di Bagan Serai, Perak, hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat daripada 151 orang daripada 47 keluarga pagi tadi menjadi 186 orang daripada 57 keluarga setakat pukul 4 petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, ia berikutan berlaku pertambahan bilangan mangsa banjir di daerah Kerian yang turut menyaksikan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu.

Di SK Alor Pongsu, seramai 11 orang daripada lima keluarga ditempatkan selepas rumah mereka di Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima dinaiki air tengah hari tadi.

Menurutnya, mangsa yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak pula meningkat kepada 55 orang daripada 15 keluarga petang ini, berbanding 20 orang daripada tujuh keluarga pagi tadi.

Jelasnya, mereka adalah penduduk dari Kampung Matang Tengah dan sebahagian penduduk Kampung Parit Simpang Lima, Alor Pongsu.

“Mereka yang dipindahkan terdiri daripada 19 perempuan dewasa, lelaki dewasa (16), kanak-kanak perempuan (12), enam kanak-kanak lelaki dan dua bayi perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, bilangan mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) kekal tidak berubah iaitu seramai 107 mangsa daripada 33 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

“Mereka terdiri daripada 40 perempuan dewasa, lelaki dewasa (30), kanak-kanak lelaki (21) dan kanak-kanak perempuan (16) dari Kampung Sungai Rentaka, Kampung Melawati, Kampung Jebong Kiri, Kampung Changkat Baru dan Kampung Tebuk,” katanya.

Katanya, begitu juga di PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Padang Gajah, Trong, yang mana seramai 13 orang daripada empat keluarga terdiri daripada enam perempuan dewasa, empat lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan masih ditempatkan di situ.

Mereka dari Kampung Sungai Nyior, Padang Gajah, yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, PPS Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan di daerah Hilir Perak yang menempatkan 11 orang daripada tiga keluarga pagi tadi, sudah ditutup selepas semua mereka kembali ke rumah masing-masing.

Menurutnya, ia berikutan banjir di Kampung Batu 8 Changkat Jong dan Lorong Sidang Osman sudah kembali surut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya