Malaika ketepikan juara bertahan - Utusan Malaysia

Malaika ketepikan juara bertahan

MALAIKA Mihambo - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lompatan terakhir atlet Jerman, Malaika Mihambo berjaya menghadiahkan emas buatnya dalam acara lompat jauh wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Malaika yang berada pada kedudukan meraih gangsa sebelum itu, berjaya memintas bekas juara Brittney Reese dengan melakukan lompatan terakhir sejauh 7.00 meter (m) dan juga merupakan catatan terbaiknya tahun ini.

Juara Olimpik, Brittney yang menduduki tempat teratas dengan lompatan terbaik sejauh 6.97m berpeluang mengatasi Malaika pada lompatan terakhir namun dia hanya mampu mencipta jarak 6.84m dan perlu berpuas hati dengan pingat perak.

Sementara itu, gangsa menjadi milik jaguh Nigeria dengan catatan 6.97m.

“Saya fikir pertandingan kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah Olimpik.

“Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripadanya malah meraih pingat selepas bersaing sengit memberi kepuasan tidak terhingga kepada saya,” kata Malaika. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya