KUALA LUMPUR: Sedih dengan situasi yang sedang berlaku, penyanyi, Zur Eda memohon doa dan kemaafan daripada peminatnya andai dia pergi meninggalkan dunia satu hari nanti.
Menerusi Instagram, Zur Eda yang popular dengan lagu Kelmarin turut memohon agar semua menutup aib-aibnya dan menghalalkan makan serta minumnya sepanjang hidup.
“Semakin banyak berita kematian. Andai esok giliranku, maafkan aku. Tutuplah aib-aibku dan halalkan makan serta minumku. Doakan aku,” luah Zur Eda.
Perkongsian penyanyi Pelitaku itu mendapat reaksi sedih peminat dan rakan artis yang mendoakan agar Zur Eda diberi kesihatan yang baik serta umur yang panjang. – UTUSAN ONLINE