Lori TLDM bawa pakaian seragam, beg musnah terbakar - Utusan Malaysia

Lori TLDM bawa pakaian seragam, beg musnah terbakar

KEBAKARAN melibatkan sebuah lori lima tan milik TLDM di Kilometer 356, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Trolak. - UTUSAN/FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Sebuah lori lima tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) musnah dalam kebakaran di Kilometer 356 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Trolak di sini hari ini.

Difahamkan, lori yang membawa pakaian seragam dan beg-beg itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pangkalan TLDM, Lumut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Mohd. Fazrul Azuan Norman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 12.36 tengah hari.

Katanya, sepasukan 15 anggota dari BBP Slim River dan BBP Bidor digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, api didapati sedang marak dan anggota segera melakukan kerja-kerja pemadaman. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh enam minit.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 85 peratus namun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Dua anggota TLDM yang menaiki lori tersebut berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah beliau, punca kejadian dan kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya