Liputan telekomunikasi di Bachok pulih - Utusan Malaysia

Liputan telekomunikasi di Bachok pulih

STESEN pemancar sementara di Kampung Gelong Badak, Bachok siap dipasang bagi membolehkan penduduk boleh menikmati semula perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas hari ini. - IHSAN SKKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemasangan stesen pemancar sementara di Kampung Gelong Badak, Bachok menggantikan menara telekomunikasi di kampung tersebut yang tumbang, 22 Julai lalu siap sepenuhnya kelmarin (Jumaat).

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), susulan itu, perkhidmatan liputan telekomunikasi di sekitar kawasan tersebut kini sudah pulih seperti sediakala.

“Menara komunikasi milik Redtone di Kampung Gelong Badak tumbang pada petang 22 Julai lalu akibat cuaca buruk turut dikongsi bersama dengan syarikat penyedia perkhidmatan lain iaitu Celcom, Digi dan Maxis.

“Pengguna setempat yang sebelum ini mengalami gangguan kini sudah dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan internet seperti sediakala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak SKKM menghargai usaha Redtone bertungkus-lumus menyiapkan stesen pemancar sementara tersebut bagi memastikan liputan perkhidmatan mudah alih untuk kegunaan rakyat dipulihkan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya