Lembah Klang sedia ke Fasa 2 PPN - Utusan Malaysia

Lembah Klang sedia ke Fasa 2 PPN

ISMAIL Sabri Yaakob menyaksikan kakitangan awam Zamratulazmi Sarmadi, 38, yang menjadi penerima dos vaksin AstraZeneca kesejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) WTCKL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembah Klang bersedia beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan kadar suntikan lengkap vaksinasi atau dua dos mencapai 89.5 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 yang dipengerusikan beliau akan memperhalusi perkara tersebut.

“Kalau jumlah 89.5 peratus mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya sebab daripada segi kadar vaksin telah melebihi keperluan imuniti kelompok iaitu hampir 90 peratus.

“Jadi saya akan tengok secara terperinci nanti dan mungkin banyak negeri akan pindah ke fasa lain. Tunggulah pengumuman nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN