Lelaki warga emas maut motosikal dirempuh kereta

Lelaki warga emas maut motosikal dirempuh kereta

MOTOSIKAL mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 36.8, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar, Perak, hari ini. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang lelaki warga emas maut setelah motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 36.8, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Pekan Kampar, di sini hari ini.

Nahas tersebut mengakibatkan mangsa, Meng Keng Chin @ Mun Kin Ching, 80, yang menunggang motosikal Honda C70 parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan motosikal mangsa dan sebuah kereta jenis Honda CRV pada pukul 9.25 pagi.

“Kemalangan berlaku ketika kereta dipandu lelaki berusia 69 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba keluar dari Simpang Jalan Ampang menuju ke arah Pekan Kampar dan menyebabkan kereta tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera parah disahkan maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala pemandu kereta pula tidak cedera.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan mangsa menunggang motosikal secara cuai semasa keluar simpang.

“Kemalangan itu mengakibatkan motosikal mangsa remuk teruk manakala kereta pula rosak di bahagian hadapan. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya