Lelaki maut MPV dipandu rempuh plaza tol - Utusan Malaysia

Lelaki maut MPV dipandu rempuh plaza tol

KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah MPV Toyota Avanza yang merempuh tembok tol Kubang Semang, Butterworth, Pulau Pinang dan menyebabkan pemandunya maut dalam kejadian pukul 1 petang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza merempuh tembok tol di Plaza Tol Kubang Semang, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dekat Permatang Pauh, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 1.02 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah Toyota Avanza yang melanggar rumah tol.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identitinya yang tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, di hari ini.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti dan Perai melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas pada pukul 2.43 petang sebelum operasi ditamatkan pukul 2.51 petang.

Sementara itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku apabila MPV berkenaan yang dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok batu plaza tol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya