Lelaki maut jatuh pokok manggis - Utusan Malaysia

Lelaki maut jatuh pokok manggis

ANAK mangsa, Mohamad Hafiz Che Isa menunjuk pokok manggis yang dipanjat bapanya, Che Isa Wahab sebelum terjatuh dan meninggal dunia di Kampung Rambung Pulai, Baling semalam. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari pokok manggis yang dipanjatnya di Kampung Rambung Pulai di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Che Isa Wahab, 55, yang merupakan penduduk tempatan sedang memanjat pokok manggis untuk mengambil buah milik jiran berdekatan rumahnya.

Seorang penduduk, Ghazali Abdullah, 59, berkata, ketika Che Isa berada di atas pokok, dia yang berada di bawah menemaninya sambil bersembang mengenai ancaman Covid-19.

Katanya, pemilik pokok manggis itu, Sopiah Shaaban, 53, juga berada bersamanya di bawah pokok tersebut.

“Tiba-tiba dia (Che Isa) tidak bersuara, kemudian saya terdengar bunyi seperti sesuatu terkena dahan pokok dan kemudian terlihat tubuh Che Isa jatuh ke tanah.

“Ketinggian pokok manggis itu dianggarkan kira-kira tujuh meter,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia dan Sopiah segera mendapatkan Che Isa dan mendapati masih bernyawa sebelum meminta orang kampung membawanya ke rumah.

“Mangsa sempat memetik buah manggis sebanyak dua baldi buah sebelum terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya