Lelaki 72 tahun direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh - Utusan Malaysia

Lelaki 72 tahun direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh

HASRON NAZRI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Lelaki warga emas berusia 72 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya di Gopeng semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap suspek itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Pihak polis sedang mengenal pasti motif kejadian tersebut dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang wanita warga emas berusia 74 tahun ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di bilik bawah sebuah rumah dua tingkat di mana terdapat kesan kelar di leher mangsa.

Turut ditemukan di sebelah mayat mangsa, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya