KINGSTON: Penyanyi dan pemuzik reggae legenda, Rainford Hugh Perry atau lebih dikenali sebagai Lee Scratch Perry meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Lapor The Guardian, Perry menghembuskan nafas terakhir Ahad lalu waktu tempatan di sebuah hospital Hospital Noel Holmes, Lucea, utara Jamaica.
Punca kematian ‘bapa muzik reggae’ ini masih belum diumumkan.
Perry dilahirkan di Kendal, Hanover.
Mendiang menggapai populariti sekitar akhir 1960 sebelum menjadi penerbit muzik reggae pada era 70-an.
Albumnya yang bertajuk Jamaican E T telah mengungguli kategori Album Rege Terbaik di anugerah Grammy 2003.