Lebih tiga jam media berkumpul di Masjid Rusila, kediaman Abdul Hadi tertutup rapat - Utusan Malaysia

Lebih tiga jam media berkumpul di Masjid Rusila, kediaman Abdul Hadi tertutup rapat

SUASANA di hadapan rumah Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Lebih 10 pengamal media di negeri ini berkampung di Masjid Rusila di sini semalam bagi mendapatkan reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rata-ratanya mula berkumpul di masjid yang terletak berhampiran rumah Abdul Hadi itu sejak pukul 12 tengah hari lagi.

Bagaimanapun usaha pihak media menemui jalan buntu apabila Ahli Parlimen Marang itu tidak keluar dan kekal berada di kediamannya yang tertutup rapat pintu serta tingkap.

Seorang pegawainya berkata, kehadiran pihak media sudah dimaklumkan kepada Abdul Hadi, namun beliau tidak mahu memberikan komen.

Katanya, sebarang komen akan dikongsikan melalui kenyataan akhbar.

Malam tadi, Abdul Hadi dalam hantaran di laman Facebook mengulangi komitmen yang Pas terus bersama kepemimpinan Muhyiddin di waktu senang dan susah.

Menurut Abdul Hadi, sokongan itu selaras usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya