Lebih dua minggu ditutup, Pasar Awam Batu Lanchang dibuka semula - Utusan Malaysia

Lebih dua minggu ditutup, Pasar Awam Batu Lanchang dibuka semula

PASAR Awam Batu Lanchang di Pulau Pinang kembali beroperasi mulai hari ini dengan SOP yang lebih ketat selepas ditutup lebih dua minggu susulan kes positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Selepas ditutup sejak lebih dua minggu lalu susulan terdapat kes positif Covid-19, Pasar Awam Batu Lanchang di sini kembali dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pasar berkenaan beroperasi semula mengikut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ketat.

“MBPP akan terus memantau keadaan terkini bagi memastikan keselamatan serta kesihatan penjaja, peniaga, pekerja dan orang awam yang berada di pasar ini.

“MBPP juga mengingatkan orang awam agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mencegah Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Pasar Awam Batu Lanchang itu diarah ditutup sementara susulan tujuh peniaga dan pembantu gerai di situ dikesan positif Covid-19.

Perintah penutupan berkenaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan di bawah Subseksyen 18 (1) (d) Akta Tindakan dan Kawalan Pencegahan Penyakit 1988.

Dalam pada itu, seorang pelanggan pasar berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Surina, 40-an berkata, dia berasa lega apabila Pasar Awam Batu Lanchang itu kembali beroperasi hari ini.

Katanya, pasar berkenaan yang beroperasi pada waktu pagi dan petang menawarkan pelbagai pilihan barangan makanan segar kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.

“Ketika ditutup saya dan pelanggan lain terpaksa membeli barang keperluan di pasar lain yang agak jauh dari kediaman kami.

“Selepas dibuka kembali, dapat dilihat SOP pencegahan Covid-19 dilaksanakan dengan lebih ketat seperti pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dan memastikan adanya penjarakan fizikal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya