Lantikan menteri, timbalan menteri seimbang - Utusan Malaysia

Lantikan menteri, timbalan menteri seimbang

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelantikan barisan menteri dan timbalan menteri seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini dibuat secara seimbang dan menepati kepakaran serta pengalaman semua yang terlibat.

Justeru Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri yakin Perdana Menteri bersama seluruh anggota Kabinet mampu menangani masalah berkaitan pandemik Covid-19 secara cekap.

Sambil mengalu-alukan pelantikan anggota jemaah menteri yang baharu itu, beliau pada masa sama turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua terlibat.

“Memahami bahawa situasi semasa adalah sukar dan sarat dengan cabaran, kita mengharapkan barisan Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ ini dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh seterusnya mencapai sasaran seperti mana ditetapkan Perdana Menteri.

“Keutamaan harus diberikan untuk segera membawa negara keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini, Perdana Menteri masih mengekalkan jumlah 31 kementerian merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Menurut Ismail Sabri, barisan Kabinet itu dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengharapkan agar hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan yang cukup baik selama ini dapat diteruskan.

“Kita juga amat mengharapkan agar hubungan erat Kedah dengan Putrajaya dapat dimantapkan lagi pada masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya