Lagi 9 lokaliti di Mukim Kuala Dungun kena PKPD - Hishammuddin

Lagi 9 lokaliti di Mukim Kuala Dungun kena PKPD

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas 10 lokaliti di Mukim Kuala Dungun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 Julai lalu, kini sembilan lokaliti lagi akan ditambah berkuat kuasa Selasa hingga 16 Ogos.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia meliputi Kubang Miang, Teluk Lipat, Teratai, Alor Tembusu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

Sebelum itu, sejumlah 10 lokaliti di mukim tersebut sudah diwartakan PKPD yang dijangka tamat 3 Ogos membabitkan seramai 13,974 penduduk daripada sebanyak 2,898 buah rumah.

Beliau menambah, turut sekali lagi dikenakan PKPD di daerah sama di negeri itu ialah 11 lokaliti dalam Mukim Sura meliputi Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

Terdahulu, tiga lokaliti di mukim itu sudah dilaksanakan PKPD ekoran Kluster Gong Pasir yang melibatkan 1,570 penduduk daripada 318 rumah dan berakhir pada 23 Julai lepas.

“Tidak ketinggalan diwartakan perintah sama di negeri tersebut ialah kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan dalam Mukim Jabi di Daerah Besut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, di Sabah pula ia melibatkan Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Daerah Beluran, Bahagian Sandakan dan Kampung Tagibang, Daerah Kota Marudu.

Bagaimanapun ujarnya, empat lokaliti di negeri tersebut disambung lagi PKPD meliputi Ladang Agathis, Kalabakan, Bahagian Tawau; Kampung Bakalau, Beaufort serta Kampung Nosoob, Penampang dan Kampung Gusung, Likas.

Turut disambung PKPD ialah dua lokaliti dalam Mukim Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau.

Sementara itu kata beliau, satu lokaliti di Pahang akan berakhir PKPD lebih awal esok iaitu Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Daerah Raub selain sejumlah 22 lokaliti di Perak antaranya Taman Melor Fasa 1, Daerah Hilir Perak.

Juga Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20, Mukim Batu Kurau, Daerah Larut Matang Selama serta Taman Awam 3 Bidor, Taman Permata Bidor, Taman Sri Bidor, Taman Bidor Jaya, Kampung Cegar Tambahan dan Kampung Cegar, Mukim Bidor, Daerah Batang Padang.

Selebihnya di Mukim Batang Padang, Daerah Batang Padang iaitu Taman Tapah, Taman Bunga Raya, Kampung Datuk, Taman Sri Tapah, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Tanah Mas, Taman Sri Damai 1, Taman Sri Damai 2, Taman Sri Asoka, Kampung Batu 5 Tapah Road, Kampung Batu Melintang, Taman Tapah 2 dan Kampung Baru Pekan Getah.

Di Sabah pula, 10 lokaliti berakhir PKPD juga esok iaitu antaranya Kampung Serudung Baru, Daerah Tawau; Kampung Muhibbah, Daerah Beaufort dan Kampung Dandulit Matunggong, Daerah Kudat; Taman Teluk Likas, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya di Daerah Kota Kinabalu; Kampung Long Kiangan, Kampung Ranau-ranau, Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru di  Daerah Sipitang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya