Kumpulan terbesar Paralimpik berlepas ke Jepun - Utusan Malaysia

Kumpulan terbesar Paralimpik berlepas ke Jepun

ATLET kebangsaan mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelepasan kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020 Tokyo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga pemenang pingat emas edisi lalu, Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli, Latif Romly mengepalai kumpulan ketiga kontinjen negara untuk berangkat ke Tokyo bagi mengharungi Sukan Paralimpik 2020.

Kumpulan terbesar itu melibatkan 22 atlet kebangsaan termasuk ketiga-tiga mereka, selain jurulatih dan pegawai telah berlepas ke Narita, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi dengan menaiki pesawat MH9118.

Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dan atlet olahraga, Siti Noor Iasah Mohd Ariffin ditugaskan selaku pembawa Jalur Gemilang pada acara pembukaan Paralimpik Tokyo, yang akan bermula Selasa depan hingga 5 September ini.

Antara atlet lain yang menyertai kumpulan ketiga ini adalah Jong Yee Khie bagi sukan powerlifting; Chew Wei Lun (boccia); Suresh Selvatamby dan Wiro Anak Julin (memanah), Wong Kar Gee (lompat jauh); serta Abu Samah Borhan (tenis kerusi roda).

Sesi pelepasan kontijen negara disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd. Zuki Ali, dengan turut dihadiri bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M. Noor Azman Taib; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md. Ramli; Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias; dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dr. Radha Krishnan Sinnathamby.

Terdahulu Mohd Zuki merakamkan ucapan tahniah kepada semua 22 orang atlet paralimpik negara yang bakal mewakili Malaysia ke temasya berprestij tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa atlet para negara juga membawa misi besar ‘Demi Malaysia’ dalam usaha membawa pulang pingat emas.

Pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Malaysia mencatat keputusan paling cemerlang dalam sejarah penyertaan Paralimpik apabila menggondol tiga emas dan satu gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya