‘Kulit juga menjadi cerah’ - Ashanty amalkan vitamin C dos tinggi selepas dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

‘Kulit juga menjadi cerah’ – Ashanty amalkan vitamin C dos tinggi selepas dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pernah dijangkiti virus Covid-19, penyanyi terkenal, Ashanty terus mengekalkan pengambilan vitamin C berdos tinggi untuk menguatkan imun tubuhnya.

Menurut portal Liputan6, isteri penyanyi Anang Herwansyah ini percaya vitamin tersebut membantunya untuk pulih dengan segera daripada jangkitan virus yang semakin mengganas itu.

Buktinya adalah apabila ibu kepada dua anak ini tidak lagi perlu dirawat di hospital malah segera kembali bekerja seperti biasa.

Selain menyihatkan tubuhnya, rawatan vitamin C yang dijalaninya juga telah membuatkan kulit penyanyi ini semakin cantik dan berseri.

Katanya, pengambilan vitamin C bukan sahaja untuk sihat, malah untuk penampilan yang lebih menyerlah.

“Maksud saya, vitamin C ini penting untuk merawat kesihatan dan kecantikan secara dari dalam. Iaitu minum kolagen setiap hari selama tiga tahun.

“Sekarang, sejak diserang Covid-19, saya lebih kerap minum vitamin C. Kulit juga kembali cerah selepas terdedah cahaya matahari sepanjang bercuti di Bali, Indonesia. cuba lihat perbezaannya,” katanya di Instagram.

Menurut Ashanty lagi, vitamin C yang diamalkannya adalah yang didatangkan dari Korea. Katanya dia turut mengajak rakan-rakan terdekat untuk mengamalkan vitamin yang sama setelah melihat sendiri keberkesanannya menguatkan imun tubuh.

“Alhamdulillah mereka juga merasakan kesesuaiannya. Vitamin C sangat baik dan mencerahkan, menjadikan kulit kekal cantik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya