KPLB kekal komited laksanakan amanah, tanggungjawab - Utusan Malaysia

KPLB kekal komited laksanakan amanah, tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) seiring dengan tekad perkhidmatan awam akan kekal komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, ini seiring dengan kenyataan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali.

Menurut Ahmad Jailani, dalam memastikan kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar, kementerian juga akan tetap memainkan peranan utama membangunkan dan menjamin kesejahteraan masyarakat luar bandar terutama dalam mendepani impak pandemik Covid-19.

“Program-program outreach vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok di luar bandar.

“KPLB termasuk jabatan dan agensi di bawahnya akan terus mendukung konsep neutral dan ‘government of the day’ dalam melaksanakan semua dasar yang telah diluluskan dengan penuh dedikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Jailani, dalam usaha memulih dan merancakkan ekonomi di luar bandar, peruntukan sebanyak RM5.78 bilion diberikan kepada semua 1,187 program pembangunan meliputi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan pemerkasaan modal insan luar bandar.

Katanya, seiring dengan motto ‘Luar Bandar Sejahtera’ warga KPLB akan sentiasa memastikan amanah terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat khususnya di luar bandar.

Terdahulu, Mohd. Zuki semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan memberikan jaminan bahawa negara akan terus ditadbir dengan baik melalui komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya