Koop Sahabat umum dividen 7.5 peratus - Utusan Malaysia

Koop Sahabat umum dividen 7.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan ividen sebanyak 7.5 peratus bersamaan RM3.9 Juta kepada lebih 200,000 anggotanya.

Walaupun peratusannya dilihat sedikit berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 11 peratus, ia masih di tahap memuaskan bagi semua ahlinya.

Pengerusinya, Mohd Najib Mohd. Noor dalam satu kenyataan berkata, Koop Sahabat sentiasa konsisten dalam memberikan pulangan tinggi kepada anggotanya walaupun momentum perniagaan Koop Sahabat terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Keupayaan konsisten dalam membayar dividen pada kadar tinggi membuktikan Koop Sahabat mengutamakan anggotanya sekali gus memberi  pulangan setimpal dari pelabur dalam kalangan usahawan B40.

“Pun begitu, Koop Sahabat masih mencatatkan keuntungan walaupun berlaku sedikit kenaikan pada kos serta mempunyai pendapatan yang kukuh menerusi aktiviti perniagaan Sahabat ar-Rahnu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Mazri Mahmood berkata, jumlah aset milik Koop Sahabat turut meningkat pada kadar 1.93 peratus kepada RM740 juta pada tahun lalu  berbanding RM 726 juta pada 2019.

Malah, Koop Sahabat buat pertama kalinya mengeluarkan produk kecantikan Duta Beautee bagi perkhidmatan peruncitan memandangkan 99 peratus daripada ahlinya adalah golongan wanita.

“Selain itu, kami menjalankan pelaburan dalam beberapa syarikat awam yang memberikan pulangan pasti kerana enggan mengambil risiko pelaburan anggota,” katanya.

Dalam pada itu, Koop Sahabat menyalurkan hampir RM2 juta peruntukan dana bantuan kepada anggota dan bukan anggota menerusi tabung kebajikan, agihan wakalah zakat serta dana sumbangan lain sehingga bulan ini.

“Bantuan segera turut diagihkan kepada mangsa banjir di Yan, Kedah baru-baru ini melalui cawangan AIM disana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Koop Sahabat membuka dua cawangan baru Sahabat Ar-Rahnu iaitu di Bertam, Pulau Pinang dan Pendang, Kedah.

“Dengan pembukaan cawangan baru ini menjadikan jumlah keseluruhan cawangan Sahabat Ar-Rahnu kepada 21 buah cawangan di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya