Konvokesyen USAS secara maya Sabtu ini - Utusan Malaysia

Konvokesyen USAS secara maya Sabtu ini

DR. ANAS MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Majlis Konvokesyen Ke-13 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang tertangguh sejak lapan bulan lalu ekoran pandemik Covid-19 akan diadakan secara maya buat pertama kalinya, Sabtu ini.

Majlis yang berlangsung secara norma baharu itu  diadakan melalui platform Zoom, Facebook rasmi USAS dan saluran YouTube mulai pukul 9 pagi hingga 1 petang

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Dr. Anas Md. Yusof yang juga Pengarah Majlis Konvokesyen USAS Ke-13 berkata, seramai 1,292 graduan terlibat dalam majlis itu dengan 757 graduan adalah lulusan Fakulti Pengajian Islam dan 536 orang daripada Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

“Perisytiharan penganugerahan dibuat oleh Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi merangkumi dua penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana (59), Sarjana Muda (288) dan Diploma (943),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN