KUALA LUMPUR : Kuala Lumpur City (KL City) berjaya membawa pulang satu mata berharga daripada laman lawan selepas mengikat Sabah 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.
Pada aksi itu, skuad Sang Badak terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-22 hasil jaringan pemain sendiri, Randy Baruh.
Bagaimanapun, tuan rumah berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil ledakan Levy Clement Madinda menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.
Keputusan itu menyaksikan Sabah terus kemarau kemenangan selepas seri dua kali dan kalah sekali dalam tiga perlawanan sebelum ini.