KL City buat Sang Penyu 'menangis' - Utusan Malaysia

KL City buat Sang Penyu ‘menangis’

KAPTEN Kuala Lumpur City Paulo Josue melakukan asakan ke atas penyerang Terengganu David da Silva pada pertemuan kedua-dua pasukan bagi aksi Liga Super malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Terengganu FC (TFC) nyata memilih jalan sukar untuk mencabar kedudukan naib juara Liga Super musim ini selepas tewas 1-0 kepada Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Biarpun tewas, skuad Sang Penyu kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 37 mata dan ketinggalan satu mata di belakang Kedah Darul Aman (KDA),

Namun kelebihan besar dimiliki skuad Lang Merah memandangkan mereka masih mempunyai baki dua perlawanan dalam tangan.

KL City pula terus cemerlang apabila mengekalkan rentak tiga kemenangan berturut-turut sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan dan di laman sendiri.

Beraksi di laman sendiri, tuan rumah bermula garang pada 15 minit pertama apabila menguji beberapa benteng pertahanan TFC terutamanya menerusi situasi sepakan sudut namun belum cukup untuk mendapatkan gol.

Usaha KL City mencari gol pembukaan akhirnya diperolehi hasil ledakan kapten pasukan Paulo Josue pada minit ke-28 selepas memanfaatkan bola muntah yang ditepis Mohd Suhaimi Hussin menerusi percubaan jarak jauh J Partiban.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan pelawat kembali mengatur gerakan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya namun ketanggasan penjaga gol tuan rumah memastikan Terengganu pulang dengan tangan kosong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya