Kipyegon raih emas 1500m, sekat hasrat treble Sifan - Utusan Malaysia

Kipyegon raih emas 1500m, sekat hasrat treble Sifan

PELARI Kenya, Faith Kipyegon memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 2020 selepas mengungguli perlumbaan 1,500m dengan catatan masa 3 minit 53.11 saat, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelari Kenya, Faith Kipyegon berjaya menghalang pencabar terdekatnya, Sifan Hassan daripada merangkul kemenangan treble apabila mempertahankan pingat emas di Sukan Olimpik 2020 menerusi 1,500 meter, sebentar tadi.

Kipyegon memenangi pingat emas dalam acara 1,500m di Stadium Olimpik dengan catatan masa 3 minit 53.11 saat, sekali gus memperbaiki rekod peribadinya.

Pingat perak dibawa pulang pelari Great Britain, Laura Muir menerusi catatan 3:54.50s diikuti Sifan 3:55.86s untuk merangkul gangsa.

Sifan terdahulu meraih emas menerusi acara 5,000m, bakal merebut podium pertama pada saingan 10,000m esok.

Sementara itu, Linden Hall dari Australia menamatkan saingan di tempat keenam dengan rekod peribadinya 3:59.01s, manakala rakan senegara Jessica Hull di tempat ke-11.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya