Kilang sarung tangan di Bidor wujudkan hingga 6,000 pekerjaan - Utusan Malaysia

Kilang sarung tangan di Bidor wujudkan hingga 6,000 pekerjaan

SHAHRUL Zaman Yahya  ketika sesi soalan lisan pada sidang DUN di Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Projek Pembangunan Bandar Sarung Tangan Integrasi, Kossan Rubber Industries Berhad (Kossan) bernilai RM1.5 bilion di Bidor, dekat sini akan mengutamakan penduduk tempatan sebagai pekerjanya apabila mula beroperasi pada suku pertama 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, ia  bagi memastikan sumber tenaga kerja yang lebih mudah untuk memenuhi keperluan operasi kilang tersebut.

Jelasnya, berdasarkan makluman daripada pihak syarikat, dianggarkan sejumlah 5,000 hingga ke 6,000 peluang pekerjaan diwujudkan apabila kilang itu beroperasi kelak.

“Menyentuh isu keutamaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sukacita dimaklumkan kepada Chenderiang bahawa kilang-kilang yang beroperasi di Malaysia akan tertakluk kepada polisi yang ditetapkan di peringkat Kerajaan Persekutuan, yang mana pecahan 80 peratus pekerja adalah wajib daripada kalangan rakyat tempatan, manakala baki 20 peratus lagi barulah terbuka untuk warga asing.

“Secara umumnya, pihak syarikat akan lebih mengutamakan pengambilan pekerja dari kalangan penduduk tempatan dalam memastikan sumber tenaga kerja yang lebih mudah dicapai untuk memenuhi keperluan operasi kilang, berbanding pengambilan pekerja dari luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu – Chenderiang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya