Kilang patuh SOP perlu diberi ganjaran operasi penuh - Utusan Malaysia

Kilang patuh SOP perlu diberi ganjaran operasi penuh

MOHD. REDZUAN Md. Yusof bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di sebuah kilang elektronik di Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof sedia mengusulkan pengoperasian penuh mana-mana kilang yang mencapai imuniti kelompok dan mematuhi Akta 446.

Beliau berkata, perkara itu adalah sebagai salah satu insentif galakan kepada majikan atau pemilik syarikat yang telah melaksanakan tanggungjawab dan mengikuti ketetapan prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara.

Jelasnya, peningkatan kes membabitkan kluster perindustrian yang berlaku adalah berpunca daripada pelaksanaan lemah SOP dan garis panduan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

“Hari ini kita mendengar orang marah dan merungut mengenai kluster industri, namun di pihak mereka (kilang) terdapat syarikat yang sedang berusaha keras mencari jalan dan kaedah terbaik mengelak keadaan itu berlaku.

“Sebagai contoh, saya telah melihat bagaimana sebuah kilang elektronik di Batu Berendam di sini mengamalkan SOP asas pemeriksaan suhu, melakukan saringan secara berkala yang patut dicontohi kilang lain,” katanya. selepas mengadakan lawatan kerja di sebuah kilang elektronik di Batu Berendam, di sini hari ini.

Ujarnya lagi, justeru beliau bersedia mengusulkan kaedah SOP yang dirasakan lebih sesuai bagi sektor-sektor tertentu dalam mengimbangi usaha pihak syarikat dan keuntungan yang dibawa ke dalam negara.

“Saya akan mengesyorkan perkara ini atau mungkin memberikan insentif kepada pihak syarikat yang mencapai imuniti kelompok menerusi dos lengkap vaksin dan mengikuti Akta 446.

“Saya rasa kita patut memberikan peluang untuk mereka beroperasi, namun sudah pasti ia tertakluk kepada situasi semasa pandemik Covid-19,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya