Ketua Pemuda Pas didaftar sebagai Jurutera Profesional Berkanun ASEAN - Utusan Malaysia

Ketua Pemuda Pas didaftar sebagai Jurutera Profesional Berkanun ASEAN

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin kini didaftarkan sebagai Jurutera Profesional Berkanun ASEAN (ACPE).

Pentauliahan itu diberikan oleh Jawatankuasa Penyelaras Jurutera Profesional Berkanun ASEAN dalam surat yang bertarikh 9 Ogos 2021 selepas mesyuaratnya yang ke-44 yang dijalankan semalam.

Khairil Nizam yang juga Ahli Dewan Negara mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atas peluang yang diberikan kepadanya.

“Setiap jurutera ACPE yang diiktiraf mempunyai kelayakan kompetensi teknikal dan profesional yang setara dengan semua negara-negara ASEAN.

“Insya-Allah, misi seterusnya saya tengah usahakan untuk mohon sijil untuk European Engineer (EUR ING) oleh European Federation of National Engineering Associations (FEANI).

“Doakan semoga dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari beserta surat rasmi pengesahan permohonan pendaftaran itu hari ini.

Syarat untuk mendapat pengiktirafan ACPE ialah mempunyai kelayakan akademik kejuruteraan yang diiktiraf, berkelayakan jurutera profesional di bawah BEM dan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh tahun pengalaman latihan industri.

Selain itu, pengiktiran tersebut termasuk sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam penyeliaan kerja kejuruteraan dan memenuhi polisi Pembangunan Profesional Berterusan BEM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya