Kes sembuh Covid-19 atasi kes positif - Utusan Malaysia

Kes sembuh Covid-19 atasi kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 17,672 kes berbanding semalam, 19,807 kes.

Jumlah itu berada di bawah kes sembuh yang mencatatkan 19,053 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 174 kematian dicatatkan dengan 1,040 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 502 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 260,700 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,316 kes diikuti Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

“Enam negeri merekodkan kes tiga angka iaitu Perak (952), Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470) dan Melaka (363).

“Satu negeri dan wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (57) dan Putrajaya (24) manakala hanya Labuan merekodkan tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya