Kes Covid-19 dijangka meningkat mendadak di Perak - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 dijangka meningkat mendadak di Perak

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Kesihatan menjangkakan berlaku peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di Perak dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi lain sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi situasi tersebut.

“Terdapat peningkatan kes Covid-19 di Perak sejak kebelakangan ini terutama kes-kes kategori empat dan lima yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Setakat semalam, terdapat 121 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja rasmi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk meninjau kesiapsiagaan JKN Perak dalam menangani pandemik Covid-19.

Selain HRPB, tinjauan sama turut dilakukan di Hospital Taiping, Hospital Tapah dan Hospital Slim River.

Menurut beliau, sebuah bilik gerakan telah ditubuhkan bagi memastikan persiapan katil bagi merawat pesakit Covid-19 di negeri ini.

“Di HRPB sendiri, sebanyak 223 katil wad dan 42 katil ICU telah dikhaskan untuk rawatan Covid-19. Hospital tersebut telah mula merawat pesakit Covid-19 mulai Januari tahun lalu,” katanya.

Jumlah kes baharu positif Covid-19 di Perak mencatatkan 775 kes dengan 206 kematian semalam berbanding 810 kes dengan 203 kematian kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya