Kerajaan Kelantan tidak terkesan - Utusan Malaysia

Kerajaan Kelantan tidak terkesan

CHE ABDULLAH MAT NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak memberi sebarang kesan terhadap kerajaan Pas Kelantan.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sebarang perubahan di peringkat nasional masih tidak menggugat pentadbiran Kelantan ekoran penguasaan kukuh Pas di negeri ini.

“Saya tidak nampak kesan (penarikan sokongan UMNO) kepada Kelantan. Di Kelantan ini (Pas) mempunyai majoriti cukup. Apa yang berlaku sekali pun, Kelantan akan kekal, tidak ada masalah apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Program Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Tanaman Bukan Makanan di Jabatan Pertanian Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media secara maya mengumumkan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II secara peribadi yakin rakyat akan terus menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin selepas merasai pengalaman di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Bagaimanapun ini hanya pandangan umum saya terhadap apa yang berlaku, bukan pendirian Pas. Saya tidak boleh komen perkara itu (mewakili parti) kerana ia patut dibuat kepimpinan Pas di peringkat pusat,” katanya.

Ketika ini, daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, Pas menguasai sebahagian besarnya dengan 37 kerusi DUN, manakala UMNO dan Bersatu masing-masing tujuh dan satu kerusi DUN.

Di peringkat Parlimen, Pas memiliki sembilan daripada 14 kerusi Parlimen di negeri ini, manakala UMNO dan Bersatu masing-masing mempunyai tiga dan dua kerusi Parlimen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya