PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung mesyuarat Perdana Menteri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kaedah menjalankan proses pilihan raya dalam keadaan pandemik.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, kenyataan tersebut adalah palsu kononnya mesyuarat berkenaan turut disertai Menteri Kesihatan.
Terdahulu, tular kenyataan tersebut yang menyebut Perdana Menteri berterima kasih kepada pegawai-pegawai SPR yang telah mengemukakan cadangan-cadangan yang amat praktikal bagi memastikan Pilihan Raya Umum KE-15 yang bakal diadakan tidak lama lagi dapat dijalankan dengan lancar dan pada masa sama selamat. – UTUSAN ONLINE