Poklip tak berapa rapat dengan pelakon ini. Cuma rasanya semua sedia maklum, dia memang tengah hangat bercinta dengan seorang penyanyi. Mereka memang terbuka bab bercinta ini. Tidak ada istilah sorok-sorok.
Cuma ada cerita kurang enak Poklip dengar. Kononnya pelakon itu dikongkong oleh kekasihnya. Setiap gerak geri diperhati. Macam robot pun ada juga kan. Pelakon itu wajib kemas kini kedudukan dan apa yang sedang dilakukan.
Kalau tidak, amukan puaka diterima. Sampai macam itu sekali ya? Sebenarnya, ramai rakan pelakon itu sudah menasihatinya untuk mula bertegas dalam perhubungan. Orang kata jangan lembik sangat.
Tetapi pelakon itu macam tak makan saman. Masih ikut sahaja cakap kekasihnya walaupun kaki dan tangan seolah-olah diikat. Ibaratnya, sentiasa ada kamera yang mengawasi. Macam dalam penjara pula.
Bab hubungan cinta ini Poklip tak berani mahu bagi nasihat. Kita sendiri faham cemburu itu ada pelbagai tingkat. Kalau yang pandai kawal, bagus. Cuma cemburu tidak bertempat ini, memang susah.
Mungkin pelakon itu boleh berbincang dan meyakinkan pasangannya yang dia tidak akan menduakan. Ada yang bagi cadangan, kahwin sahaja. Hello! Perkahwinan bukan jalan penyelesaian mudah ya.
Mana tahu, pelakon itu sendiri memang suka dikawal dan disuruh-suruh. Eh, ada tahu orang begitu. Dia tak boleh hidup sendiri, lebih suka diatur. Gitu!